X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan minta hospital swasta rawat pesakit selain Covid-19

Datuk Seri Dr Adham Baba
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan akan meminta hospital swasta untuk merawat pesakit selain Covid-19 melalui penyumberan luar perkhidmatan bagi memastikan kesinambungan rawatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kerajaan telah bersetuju agar inisiatif penyumberan luar itu tidak terhad kepada prosedur elektif sahaja atau 'planned surgery', tetapi boleh juga merangkumi rawatan pesakit yang perlu rawatan segera atau 'acute' khususnya dari jabatan kecemasan dan trauma.

"Saya berharap agar hospital swasta akan terus membantu kerajaan dalam memberi rawatan kepada pesakit-pesakit kita.

"Kerajaan juga akan meningkatkan kapasiti katil rawatan rapi sementara atau ''re-purpose ICU' di hospital-hospital ini agar pesakit yang memerlukan rawatan rapi dan alat bantuan pernafasan dapat diberi perhatian.

"Ini termasuklah memastikan kelengkapan peralatan dan bekalan mencukupi seperti alatventilator, “patients monitor”, mesin dialisis, ubat-ubatan, PPE dan sebagainya," katanya ketika sidang akhbar di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Adham berkata, seramai 3,483 pengamal perubatan am swasta (GP) di Selangor dan Kuala Lumpur dibenarkan menyertai pemberian vaksin.

Menurutnya, daripada angka tersebut Selangor merekodkan sebanyak 2,229 GP manakala 1,254 GP di Kuala Lumpur.

Tambahnya, sebanyak 700 GP sudah pun menjalankan vaksinasi di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Jangkaan jumlah vaksin boleh diberikan melalui perkhidmatan GP di Selangor, Kuala Lumpur dan hospital swasta mampu mencecah 300,000 dos sehari.

"Jangkaan itu mengambil kira jangkaan setiap GP memberi 100 dos sehari," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!