Polis kesan tiga individu tipu jual beli kereta mewah

Polis sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes penipuan urusan jual beli kereta mewah melibatkan kerugian RM60,000.
Polis sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes penipuan urusan jual beli kereta mewah melibatkan kerugian RM60,000.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga individu dikesan bagi membantu siasatan dalam kes penipuan urusan jual beli kereta mewah melibatkan kerugian berjumlah RM60,000.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, ketiga-tiga individu berkenaan dikesan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Sentul untuk disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Individu pertama bernama Rosli Mahat beralamat di No 6 Jalan BA 1/1 Laman Oakleaf Bukit Antarabangsa 68000 Ampang, Selangor, manakala individu kedua bernama Choy Chee Leong beralamat di No 48 Jalan Dayang 25/8 Seksyen 8 Bandar Mahkota 43200 Batu 9 Cheras Selangor.

"Individu ketiga pula adalah Chew Kun Guan beralamat di No 8-1 Jalan Prima 6 Pusat Niaga Metro Prima Kepong 52100 Kuala Lumpur," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ketiga individu boleh terus menghubungi pihak polis.

"Polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan individu terlibat yang masih bebas untuk berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Amirul Asyafi Abdullah di talian 010-9181927 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: