X

Kindly register in order to view this article
!

PGA rampas cecair vape bernilai RM399,000

Azhari (kiri) bersama pegawainya menunjukkan vape bernilai RM399,000 yang dipercayai akan diseludup ke negara jiran di pangkalan haram Syed Omar, Rantau Panjang pada Rabu.
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas cecair vape bernilai RM399,000 yang dipercayai akan diseludup ke negara jiran di pangkalan haram Syed Omar di sini pada Rabu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, kotak-kotak mengandungi cecair vape yang ditutup dengan plastik hitam itu ditemukan di kawasan semak ketika anggota PGA melakukan rondaan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada jam 8 malam.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut mendapati cecair vape itu mahu diseludup ke Thailand menggunakan laluan tidak sah.

Azhari (tengah) menunjukkan sebahagian daripada vape yang mahu diseludup ke Thailand menggunakan laluan tidak sah.
Azhari (tengah) menunjukkan sebahagian daripada vape yang mahu diseludup ke Thailand menggunakan laluan tidak sah.

"Semua rampasan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952," katanya kepada pemberita di Markas Taktikal (Martek) PGA Lubok Stol di sini pada Khamis.

Azhari berkata, siasatan awal mendapati permintaan dan harga tinggi di negara jiran menjadi penyumbang kepada kegiatan menyeludup cecair tersebut.

Katanya, kawalan sempadan di negeri ini akan terus diperketatkan bagi memerangi jenayah rentas sempadan.

"PGA mahu orang ramai terus memberikan kerjasama dengan pasukan keselamatan dalam usaha mengekang aktiviti jenayah sempadan di negeri," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!