X

Kindly register in order to view this article
!

Bomba bantu angkat lelaki obes untuk ke hospital

Anggota bomba berpakaian lengkap PPE mengangkat seorang lelaki di Jalan Umbai, Jasin ke dalam lori sebelum dibawa ke hospital pada Khamis.
A
A

JASIN - Sepasukan anggota bomba dikejarkan ke sebuah rumah di Jalan Umbai di sini bagi membantu mengangkat seorang lelaki yang mengalami masalah obesiti untuk ke hospital pada Khamis.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 2.32 petang berhubung seorang lelaki berusia 39 tahun yang mahu mendapatkan rawatan di hospital kerana demam.

"Sepasukan lapan anggota bersama-sama sebuah jentera dan lori angkut dikejarkan ke lokasi berkenaan.

"Semua anggota lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) bagi membantu memindahkan lelaki seberat 138 kilogram itu naik ke atas lori tiga tan menggunakan kain," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Beliau berkata, pasukannya mengambil masa kira-kira 10 minit mengusung dan mengangkat lelaki berkenaan sebelum dipindahkan ke lori.

Katanya, lelaki itu kemudian dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!