Kes Covid-19 menurun selepas program vaksinasi di Congo

Republik Demokratik Congo menyaksikan penurunan kes Covid-19 selepas program vaksinasi diadakan di negara itu. - Foto MONUSCO/Myrian Asmani
Republik Demokratik Congo menyaksikan penurunan kes Covid-19 selepas program vaksinasi diadakan di negara itu. - Foto MONUSCO/Myrian Asmani
A
A
A

KINSHASA - Para pegawai kesihatan di Republik Demokratik Congo pada Rabu menyatakan negaranya kehabisan bekalan vaksin AstraZeneca tetapi bilangan kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 mula menunjukkan penurunan.

Menteri Kesihatan, Jean-Jacques Mbungani memberitahu AFP, bahawa negaranya telah menyaksikan penurunan kes Covid-19 dan angka kematian juga menurun.

Bagaimanapun, Myembe yang mengetuai pasukan tindak balas Covid-19 di negaranya memberitahu pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (MONUSCO) di negaranya bagi mendapatkan 8,000 bekalan vaksin AstraZeneca secepat mungkin bagi membantu kempen vaksinasi di rebuplik tersebut.

Sehingga 11 Julai lalu, seramai 75,789 penduduk sudah mendapat suntikan dos pertama vaksin Covid-19 sejak program vaksinasi dilakukan di negara tersebut pada April lalu.

Menteri Kesihatan itu berkata, negaranya kini akan menawarkan vaksin Covid-19 yang lain termasuk melalui inisiatif antarabangsa Covax.

Beliau berkata, pihaknya akan menerima sebanyak 50,000 dos vaksin AstraZeneca yang diterima sehingga pertengahan Ogos ini dan 250,000 lagi dos Pfizer dalam tempoh empat minggu.

Pada 8 Julai lalu, negara itu mencatatkan 314 kes baharu harian dan empat kematian tetapi pada 12 Julai kes Covid-19 turun sehingga 193 kes dengan angka kematian kekal empat orang.

Sehingga Khamis, negara itu melaporkan sebanyak 44,512 kes keseluruhan dan 984 kematian keseluruhan akibat Covid-19. - Agensi

Artikel Berkaitan: