Kerajaan Pahang hulur bantuan 141,600 air minuman

Beberapa buah lori digunakan untuk menghantar bekalan air minuman untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Keratong, Ibam dan Muadzam Shah yang terjejas akibat gangguan bekalan air sejak Rabu minggu lalu.
Beberapa buah lori digunakan untuk menghantar bekalan air minuman untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Keratong, Ibam dan Muadzam Shah yang terjejas akibat gangguan bekalan air sejak Rabu minggu lalu.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang menyumbang sebanyak 141,600 botol air minuman bagi membantu penduduk sekitar Keratong, Ibam dan Muadzam Shah yang menghadapi gangguan bekalan air sejak Rabu minggu lalu.

Pejabat Menteri Besar Pahang dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, bantuan tersebut dihantar untuk diagih-agihkan bagi kegunaan penduduk terbabit.

Turut dihantar adalah 150 botol air minuman berkapasti 10 liter setiap botol.

"Penghantaran dilakukan menggunakan lori Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Daerah Rompin (MDR) dan swasta.

"Bantuan tersebut disalurkan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ibam dan Muadzam Shah untuk agihan kepada penduduk terbabit," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan negeri turut menyediakan 195 tangki air statik di kawasan-kawasan terjejas iaitu bekalan air dibekalkan menerusi lebih 20 lori tangki.

"Prihatin dengan masalah dihadapi rakyat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diringi Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail perkenan bercemar duli berangkat ke kawasan terjejas pada Selasa.

Masalah bekalan air yang berlaku di kawasan itu berpunca daripada pencemaran sumber air mentah di Sungai Pukin, Rompin menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Keratong tidak dapat beroperasi.

Artikel Berkaitan: