UMNO Terengganu gesa kerajaan negeri segera bersidang

Ahmad Said
Ahmad Said
A
A
A

KUALA TERENGGANU - UMNO Terengganu menggesa kerajaan negeri supaya segera mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membincangkan isu Covid-19 dan usaha pemulihan ekonomi.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tindakan melengah-lengahkan sidang DUN akan menyebabkan rakyat terus terhimpit dalam pelbagai masalah.

"Setahu saya semua wakil rakyat sudah menerima vaksin. Jadi apa yang menyebabkan DUN masih belum boleh dibuka? Ada banyak isu panas yang saya mahu bangkitkan.

"Banyak negeri sudah menetapkan tarikh DUN bersidang tetapi kenapa Terengganu masih berdiam diri. Setakat ini tiada apa-apa maklumat mengenainya," katanya ketika sidang akhbar di kediamannya di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan kesediaan untuk mengadakan sidang DUN di negeri ini.

Beliau berkata, sidang DUN akan diadakan berdasarkan panduan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel Berkaitan: