HTAR terima sumbangan 12 mesin bantuan pernafasan

Ahmad Yunus (dua dari kiri) bersama Zulkarnain (kiri) ketika penyerahan sumbangan di HTAR, Klang pada Rabu.
Ahmad Yunus (dua dari kiri) bersama Zulkarnain (kiri) ketika penyerahan sumbangan di HTAR, Klang pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) Selangor dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia menyumbangkan sebanyak 12 unit mesin 'oxygen concentrator' bersama peralatan perubatan kepada pengurusan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Sumbangan itu disampaikan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi kepada Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi dalam satu majlis ringkas pada Rabu.

Menerusi satu kenyataan, Khidmat Malaysia Selangor berkata, pemberian sumbangan oleh dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah penyelarasan mereka itu adalah bagi membantu merawat pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan.

"Mesin ini merupakan alat yang boleh menghasilkan gas oksigen dari gas udara biasa dengan mengeluarkan nitrogen secara selektif untuk membekalkan aliran gas produk yang diperkaya oksigen," kata kenyataan tersebut pada Rabu.

Hadir sama ketika majlis penyerahan ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Noor Najhan Salleh dan wakil Yayasan Amal Malaysia, Dr Halimah Ali.

Selain itu, beberapa NGO lain seperti Syabab Care dan Kumpulan Wanita Islam (KWIK) turut tampil bagi memberikan sumbangan dalam program berkenaan.

Artikel Berkaitan: