Imigresen tahan 23 warga asing di Kubang Pasu

No Image Caption
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 23 warga asing termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun dalam 'Op Bersepadu' yang dijalankan di premis kediaman dan tapak pembinaan di sekitar daerah Kubang Pasu, semalam.

Pengarahnya, Zuhair Jamaludin berkata, pihaknya memeriksa 96 warga asing dalam operasi yang bermula 8.15 malam dan berakhir 4.00 pagi ini.

“Mereka yang ditahan adalah dua lelaki Myanmar, lapan lelaki Bangladesh, tiga lelaki Nepal serta tujuh lelaki, dua perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki Indonesia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155) kerana tidak memilki dokumen perjalanan yang sah, Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh selain melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

Beliau berkata semua yang ditahan berumur antara satu tahun hingga 47 tahun itu, ditempatkan di lokap Imigresen di Bangunan Kementerian Dalam Negeri di sini, untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik di Sik.

Artikel Berkaitan: