Bekas pengurus besar AKSB dibebas dengan jaminan SPRM

Bekas pengurus besar syarikat AKSB (kanan) yang dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Khamis.
Bekas pengurus besar syarikat AKSB (kanan) yang dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang bekas pengurus besar syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang disiasat berkait rasuah projek bernilai lebih RM27 juta dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.

Perintah jaminan SPRM terhadap suspek berusia 60 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rusli Ahmad selepas tamat tempoh reman tujuh hari.

Beliau menetapkan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Suspek membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.

Akhbar sebelum ini melaporkan, tiga individu iaitu seorang bekas pengurus besar syarikat AKSB, seorang pegawai AKSB berusia 39 tahun dan seorang pengarah projek sebuah syarikat berusia 42 tahun ditahan secara berasingan di pejabat SPRM di sini, pada 8 Julai lalu.

Kesemua mereka dikenakan perintah tahanan reman bermula Khamis lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga suspek dipercayai menerima wang daripada beberapa syarikat untuk menjalankan projek AKSB bermula 2015 hingga 2019.

SPRM menjalankan siasatan kes selepas menerima maklumat daripada orang ramai beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati dengan kualiti bekalan air di Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Dua lagi yang ditahan reman sudah dibebaskan pada 12 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pengurus besar AKSB antara 3 ditahan kes rasuah lebih RM27 juta

ARTIKEL BERKAITAN:Kes rasuah AKSB: SPRM akan panggil Exco Kelantan