AC Milan sah ikat Giroud

Oliver Giroud
Oliver Giroud
A
A
A

PENGARAH teknikal AC Milan, Paolo Maldini mengesahkan penyerang Perancis, Oliver Giroud bakal menyarung jersi skuad Rossoneri itu pada musim panas nanti.

Menurut Maldini, setakat ini gergasi Serie A itu telah pun mencapai persetujuan dengan Chelsea berhubung urusan Giroud ke kelab berkenaan.

Malah katanya, Giroud juga dijangka tiba ke San Siro pada Jumaat bagi menyelesaikan beberapa perkara bagi melengkapkan perpindahannya.

“Ya, dia (Giroud) akan tiba ke sini (San Siro), pada Jumaat. Dia adalah juara dan masih segar dengan kemenangan Liga Juara-Juara bersama Chelsea, musim lalu.

“Walaupun telah sedikit berusia, tetapi pemain sepertinya sentiasa boleh dipercayai berbanding pemain muda khususnya berdasarkan kepada pengalaman yang dimilikinya.

“Oleh itu, kita sememangnya memerlukan pemain seperti itu berikutan kelab kami dibarisi ramai pemain muda dalam Serie A dan mereka sememangnya memerlukan bimbingan daripada pemain sepertinya,” katanya.

Difahamkan, setibanya ke Milan pada Jumaat, Giroud akan terus dibawa menjalani ujian perubatan dan akan diumumkan selaku pemain terbaharu AC Milan dalam masa terdekat.

Dalam masa sama Maldini turut mengumumkan skuad Rossoneri itu juga bercadang untuk mengekalkan khidmat pemain tengah Ivory Coast, Franck Kessie untuk beberapa tahun akan datang.

Artikel Berkaitan:

“Kontraknya, (Kessie) telah memasuki bulan terakhir, tetapi kita membuat keputusan untuk menyambung kontraknya untuk beberapa tahun akan datang kerana kami berpendapat dia adalah sebahagian daripada masa depan AC Milan.

“Kita juga sebenarnya sedang menantikan kehadiran seorang penyerang baharu ke San Siro dan segala urusan berhubung kedatangannya akan selesai menjelang tarikh tutup jendela perpindahan kelak,” katanya.