X

Kindly register in order to view this article
!

434,828 dos vaksin diberikan pada Rabu, tertinggi setakat ini

Lebih 4 juta rakyat Malaysia telah lengkap dua dos vaksin. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin harian mencatat angka sebanyak 434,828 dos suntikan pada Rabu, iaitu jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 279,938 individu menerima dos pertama dan 154,890 lagi, lengkap dos kedua.

Jumlah pemberian vaksin setakat Rabu.
Jumlah pemberian vaksin setakat Rabu.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Februari adalah sebanyak 12,647,558 dos.

"Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah lengkap dua dos vaksin ialah 4,003,266 atau sebanyak 12.3 peratus daripada populasi rakyat Malaysia," katanya. - Bernama

Pemberian dos vaksin mengikut negeri.
Pemberian dos vaksin mengikut negeri.

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga 14 Julai 2021 ialah 12,647,558 dos.

434,828 dos pada 14 Julai, yang tertinggi setakat ini.

Jumlah yg terima dos pertama ialah 8,644,292 orang. Daripada jumlah itu, 4,003,266 orang telah terima dos kedua.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/WOflSWUt0O

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) July 15, 2021


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!