X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Video tular dakwa minum racun, pasangan suami isteri ditahan

A
A

SEREMBAN - Polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan berhubung video tindakan seorang lelaki yang mendakwa telah memberi minum racun kepada anak, isteri dan dirinya sendiri yang tular di media sosial pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kedua-dua yang berusia 29 tahun itu, ditahan pada jam 10.50 malam Rabu, manakala isterinya pada jam 3.15 pagi Khamis.

"Video berdurasi 16 minit itu menunjukkan suspek mendakwa telah memberi minum racun kepada isteri, anak berusia dua tahun dan dirinya sendiri dalam sebuah kenderaan.

"Perlakuannya ditunjukkan di dalam video tersebut dan hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Seremban.

"Satu laporan polis telah diterima berkait video yang tular itu kerana boleh menjadi ikutan dan dorongan yang tidak baik dalam masyarakat dan unsur penganiayaan terhadap kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Mohd Said
Mohd Said

Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, 233 Akta Komunikasi Multimedia dan 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan.

Pada Rabu, lebih kurang jam 5.45 petang, pihak polis telah mengesan satu video tular melalui laman sosial Facebook yang berdurasi 16 minit 03 saat, memaparkan seorang lelaki melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan dalam menangani masalah pandemik Covid-19.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!