Pemain hoki wanita, lelaki kebangsaan terima bantuan Covid-19

Subahan
Subahan
A
A
A

KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) memberi sumbangan RM1,000 kepada setiap pemain skuad hoki kebangsaan lelaki dan wanita bagi membantu mereka mengharungi cabaran pandemik Covid-19.

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal berharap pemain dapat terus melaksanakan tanggungjawab mengikuti semua sesi latihan yang dirangka barisan jurulatih di kediaman masing-masing dan memastikan tahap kesihatan sentiasa dalam keadaan terbaik.

“Saya harap para pemain tabah menghadapi cabaran ini,” katanya pada sesi perjumpaan secara maya bersama skuad hoki kebangsaan lelaki dan wanita.

Dalam perjumpaan yang turut melibatkan jurulatih dan pengurus pasukan itu, Subahan berharap pemain fokus kepada persiapan menghadapi Kejohanan Trofi Juara-juara Asia Lelaki 2021 di Dhaka, Bangladesh pada 1 hingga 9 Oktober dan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki di India, yang dijadual pada 24 November hingga 5 Disember. - Bernama

Artikel Berkaitan: