Qatar, Panama sama liat di Houston

Pemain Panama, Jose Fajardo cuba melepasi kawalan pemain Qatar, Abdullah Al Ahrak dalam aksi kumpulan D saingan Piala Emas CONCACAF di Stadium BBVA, Houston. - Foto AFP
Pemain Panama, Jose Fajardo cuba melepasi kawalan pemain Qatar, Abdullah Al Ahrak dalam aksi kumpulan D saingan Piala Emas CONCACAF di Stadium BBVA, Houston. - Foto AFP
A
A
A

GERGASI Asia, Qatar gagal memanfaatkan peluang mendahului apabila sekadar melakar keputusan seri 3-3 ketika menentang Panama dalam aksi kumpulan D saingan Piala Emas Persekutuan Persatuan Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) di Stadium BBVA, Houston.

The Maroon kendalian Félix Sánchez terlebih dulu di depan pada minit ke-48 hasil jaringan Akram Arif sebelum Los Canaleros bimbingan Thomas Christiansen menyamakan kedudukan hasil tandukan Rolando Blackburn pada minit ke-51.

Bagaimana pun Qatar sekali lagi kembali mendahului hasil jaringan pemain berusia 24 tahun, Almoez Ali pada minit ke-53, namun Panama sekali lagi kembali menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi Blackburn pada minit ke-58 untuk kedudukan 2-2.

Anak buah Sánchez yang tidak mengalah dengan jaringan penyamaan tersebut terus mengasakan akhirnya diberikan sepakan penalti yang disempurnakan Hassan Al Haydos untuk kedudukan 3-2.

Namun Panama yang tenang berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan minit ke-74 oleh Eric Davis untuk kedudukan 3-3.

KEPUTUSAN LAIN

KUMPULAN D

Honduras 4 - 0 Grenada

Artikel Berkaitan: