Buaya gergasi berjalan di padang golf Mexico

Seekor buaya gergasi yang sepanjang kira-kira 4.57 meter sedang berjalan di sebuah padang golf di Mexico baru-baru ini.
Seekor buaya gergasi yang sepanjang kira-kira 4.57 meter sedang berjalan di sebuah padang golf di Mexico baru-baru ini.
A
A
A

BANDAR RAYA MEXICO - Seorang pelancong wanita dari Amerika Syarikat (AS) sempat melihat seekor buaya gergasi yang sepanjang kira-kira 4.57 meter sedang berjalan di sebuah padang golf di Mexico baru-baru ini.

Pelancong itu, Stacie Muller kemudian merakamkan video haiwan tersebut ketika dia bersama suami dan beberapa rakannya menaiki sebuah kereta golf di padang golf Dreams Playa Mujeres berhampiran Cancun, Semenanjung Yucatan.

Menurut portal berita Daily Mail, Muller melihat buaya tersebut pada 5 Julai lalu.

Dalam pada itu, portal berita The Sun melaporkan, video haiwan itu telah dimuat naik di laman Facebook dan para pengguna laman tersebut memberikan pelbagai komen tentang reptilia tersebut.

Sebahagian pengguna itu memberikan komen yang menggambarkan mereka terkejut melihat saiz buaya sebesar itu.

Namun, panjang haiwan itu masih belum dapat menandingi seekor buaya bernama Lolong yang berjaya ditangkap oleh sekumpulan penduduk di sebuah kampung di Filipina pada tahun 2011.

Lolong merupakan buaya paling panjang yang pernah ditangkap dan panjang retilia itu ialah 6.17 meter.

Bagaimanapun, Lolong mati pada Februari 2013 semasa berada di dalam kurungan di Bunawan akibat pneumonia dan setelah jantung haiwan tersebut terhenti. - Agensi

Artikel Berkaitan: