PSG kibarkan bendera putih

Lionel Messi - Foto AFP
Lionel Messi - Foto AFP
A
A
A

GERGASI liga Perancis, Paris Saint Germain (PSG) dilaporkan mengibarkan bendera putih dalam usaha merekrut pemenang Ballon d'Or enam kali, Lionel Messi yang kini secara teknikalnya menjadi ejen bebas selepas kontraknya bersama jagoan liga Sepanyol, Barcelona berakhir.

PSG sebelum ini tidak menyembunyikan hasrat merekrut pemain berusia 34 tahun tersebut dari Blaugrana untuk digandingkan bersama pemain bintang Les Parisiens, Neymar.

Perkhabaran ini secara tidak langsung memberi kelegaan kepada penyokong-penyokong Barcelona yang menjangkakan pembaharuan kontrak pemain tersebut yang beraksi di Camp Nou sejak 2000 hanya menunggu masa.

Untuk rekod, Messi sudah hampir dua minggu tidak berkontrak, di sebalik Blaugrana berusaha menyesuaikan anggaran gaji kelab tersebut untuk menjadikan pemain tersebut pilihan semula.

Presiden Barcelona, Joan Laporta sebelum ini meminta penyokong-penyokong Barca terus bersabar sambil menyatakan 'proses pembaharuan' Messi sedang berjalan lancar.

Artikel Berkaitan: