Lagu 'Mimpi' beri semangat buat Zii Jia

Zii Jia
Zii Jia
A
A
A

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakui menjadikan lagu K-Clique bertajuk ‘Mimpi’ sebagai antara lagu yang akan didengarinya sebagai pembakar semangat.

Menurut Zii Jia, lagu berkenaan sememangnya sentiasa ada dalam senarai lagu-lagu yang akan didengarinya dalam usaha menyuntik semangat menjelang mana-mana kejohanan yang disertainya.

“Sebenarnya tak ada spesisifik mana-mana lagu pun, Kalau nak cakap lagu yang saya dengar, saya dengar semua lagu.

“Cuma lagu dari K-Clique ini sentiasa ada dalam senarai (playlist) saya,” katanya pada sidang media atas talian pada Rabu.

Zii Jia turut menyanyikan sedikit lagu tersebut pada sidang media berkenaan.

Sementara itu ketika ditanya mengenai perlawanan badminton melibatkan atlet Malaysia di Sukan Olimpik yang paling diingatinya, Zii Jia berkata dia paling mengingati perlawanan melibatkan Datuk Lee Chong Wei berdepan Lin Dan pada final Olimpik London 2012 lalu.

Katanya, ketika menyaksikan perlawanan itu, dia sememangnya menjangkakan Chong Wei akan menang, tapi tanpa disangka Lin Dan bangkit dan kemudiannya memenangi perlawanan berkenaan.

“Saya paling ingat perlawanan di London, masa Datuk Lee Chong Wei lawan Lin Dan. Kita semua tengok di hostel tv room, masa tu Datuk Lee Chong Wei kalah dengan Lin Dan.

Artikel Berkaitan:

“Kita semua tahu, kita mungkin aspek kita boleh menang, dia (Chong Wei) leading, saya masih ingat lagi akhirnya kalah. Saya pun tak sangka boleh jadi macam tu,” katanya.

Untuk rekod, Chong tewas 21-15, 10-21 dan 19-21 pada aksi final berkenaan dan menyaksikan jaguh badminton itu sekadar meraih pingat perak pada Olimpik London 2012.