Tunggulah waktu Olimpik nanti

Azizulhasni
Azizulhasni
A
A
A

ATLET berbasikal negara, Azizulhasni Awang mendedahkan versi final basikal model WX-R Vortq yang bakal digunakannya bersama seorang lagi atlet berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom hanya akan dapat disaksikan pada hari pertandingan Sukan Olimpik Tokyo 2020, kelak.

Azizulhasni berkata, versi final hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) bernilai RM13 juta itu telah pun siap dikemas kini untuk digunakan pada temasya sukan terbesar dunia itu yang bakal berlangsung mulai 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Menurutnya Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman itu, sebanyak enam basikal berkenaan akan dibawa ke Tokyo bagi kegunaan dirinya serta Muhammad Shah Firdaus nanti.

“Basikal versi final ini tidak banyak berveza dengan versi sebelum ini, cuma versi final ini memberikan lebih penekakan dari segi kekemasan akhir (final touch-up), produk.

“Kami sudah pun menerima basikal ini (versi final) dan sudah pun dicuba pada sesi latihan,” Kami sudah menerima versi final dan sudah dicuba dalam sesi latihan.

“Selain itu, sebelum ini basikal ini berwarna hitam dan untuk versi final ini kena tunggulah waktu Olimpik nanti,” katanya pada sidang media atas talian pada Rabu.

Difahamkan, basikal versi final berkenaan dihasilkan daripada projek R&D di Institut Sukan Negara (ISN) bersama syarikat dari United Kingdom, TOTALISM Ltd sejak empat tahun lalu itu, direka dengan memberikan penekanan teknologi aerodinamik itu secara keseluruhannya bertujuan untuk menyesuaikan berat basikal dengan karekter seseorang pelumba.

Mengulas mengenai persiapannya ke Tokyo, Azizulhasni memberitahu dia akan memanfaatkan pengalamannya beraksi di tiga Olimpik sebelum ini (Olimpik Beijing 2008, Olimpik London 2012 dan Olimpik Rio 2016), dalam usaha mengurangkan tekanan yang dihadapinya selaku prospek memenangi emas kali ini.

Artikel Berkaitan:

Malah atlet kelahiran Dungun Terengganu itu berkata, dia melihat tekanan itu dari sudut positif dan kemudiannya menjadikannya sebagai motivasi untuk beraksi cemerlang di Tokyo kelak.

"Apabila menjadi prospek (pingat), memanglah tekanan itu lagi besar tetapi dengan pengalaman yang ada dalam tiga Olimpik sebelum ini, saya ada sedikit pengalaman untuk mengawalnya (tekanan).

“Tipulah kalau kata tak ada tekanan, bila beraksi di Olimpik, satu temasya sukan terbesar di dunia, sekali dalam empat tahun dan sudah pasti ia akan menjadi satu tekanan besar. Walaupun tak ada tekanan sekali pun, bebanan itu tetap ada.

“Oleh itu, saya akan ubah tekanan ini untuk menjadi sesuatu perkara yang positif menggunakan elemen psikologi yang saya sudah pelajari hampir 10 tahun dalam karier,” katanya.

Sementara itu Azizulhasni menyifatkan laporan sebuah akhbar di Australia yang mengatakan dirinya sebagai antara 10 atlet yang bakal menggegar pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai satu penghargaan besar buatnya.

Menurut atlet berusia 33 tahun itu, kenyataan berkenaan juga secara keseluruhannya dilihat sebagai penghargaan besar kepada negara terutamanya dari segi kejayaan melahirkan atlet-atlet berkelas dunia hari ini.

“Bagi saya kenyataan akhbar itu satu penghargaan besar kepada atlet negara ini dan juga satu penghargaan besar dalam karier saya. Ia juga satu penghargaan besar kepada Malaysia.

“Ini kerana rakyat Australia memang sentiasa bercakap mengenai Olimpik dan mereka benar-benar mengikuti perkembangan samada Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini akan diteruskan atau tidak,” skuad berbasikal sudah pun menerima versi terkini basikal WXR yang akan digunakan bagi berbasikal di Tokyo nanti.

Untuk rekod, akhbar berkenaan menyenaraikan Azizulhasni yang tekenal dengan gelaran The Pocket Rocketman bersama atlet olahraga Uganda, Joshua Cheptegei, atlet renang Amerika Syarikat (AS), Katie Ledecky, atlet angkat berat Sepanyol yang juga pemenang pingat emas Olimpik London, Lydia Valentin, Monica Abbott (sofbol/AS), Sky Brown (papan selaju/Great Britain), Teddy Riner (judo/Perancis), Luca Doncic (bola keranjang/Slovenia), Jerry Tuwai (ragbi/Fiji) dan Simone Biles (gimnastik/AS).