Ketepikan agenda politik, cari penyelesaian Covid-19

Mohd Hairi (dua dari kiri) menyediakan bahan yang akan diagihkan kepada orang ramai untuk Program Bank Makanan di Dewanraya Taman Perbadanan Islam, Kebun Teh, Johor Bahru, pada Rabu.
Mohd Hairi (dua dari kiri) menyediakan bahan yang akan diagihkan kepada orang ramai untuk Program Bank Makanan di Dewanraya Taman Perbadanan Islam, Kebun Teh, Johor Bahru, pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Semua parti perlu mengetepikan agenda politik dan segera mencari penyelesaian bersama mengenai masalah Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, senario politik tidak stabil ketika ini kerana ramai pemimpin yang banyak bermain politik berbanding memberi tumpuan kepada isu teras.

"Ada baiknya, kita ketepikan perbezaan pendapat dan berganding bahu memikirkan soal rakyat," katanya kepada pemberita pada Program Bank Makanan di Dewanraya Taman Perbadanan Islam, Taman Suria di sini pada Rabu.

Pada Isnin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh mendakwa empat ADUN Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor sedia menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor jika UMNO masih mendesak untuk menukar kerajaan di peringkat Pusat dan masih mahukan Perdana Menteri berundur.

Mengulas lanjut, Mohd Hairi berkata, pihaknya tidak terkejut dengan dakwaan tersebut kerana bukan pertama kali mendengarnya.

Selain itu katanya, Pemuda UMNO Johor menjunjung tinggi saranan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya semua pihak berhenti bermain politik dan memberi tumpuan kepada rakyat.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Miswan Yunus memberi jaminan akan meneruskan program Bank Makanan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Jelasnya, semua Ahli MBJB sudah menerima peruntukan untuk program itu di 24 zon dalam kawasan pertadbiran MBJB.

Artikel Berkaitan:

"Sumbangan bantuan secara one-off ini merupakan inisiatif MBJB dalam membantu bukan sahaja golongan B40 tetapi membabitkan mereka yang hilang punca pendapatan, dibuang kerja dan sebagainya.

"Selagi belum tamat Program Pemulihan Negara (PPN) yang dilaksanakan mengikut fasa, Insya-ALLAH program Bank Makanan ini juga akan diteruskan dari masa ke semasa," katanya.