X

Kindly register in order to view this article
!

Pasaran getah terus meningkat untuk sesi ketiga berturut-turut

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

PASARAN getah terus meningkat untuk sesi ketiga berturut-turut untuk ditutup tinggi hari ini disokong oleh ringgit yang lemah berbanding dolar AS walaupun terdapat trend bercampur-campur di pasaran hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Bagaimanapun, peniaga itu berkata, kenaikan itu telah dihadkan oleh kejatuhan harga minyak mentah dan ketika peserta pasaran dipengaruhi oleh statistik getah terbaru Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Menurut laporan DOSM, pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 22.4 peratus kepada 28,164 tan metrik pada Mei 2021 berbanding 23,013 tan metrik pada bulan sebelumnya.

Perbandingan tahun ke tahun juga menunjukkan peningkatan sebanyak 33.8 peratus manakala paras stok getah asli turun 6.4 peratus pada bulan Mei kepada 242.194 tan metrik berbanding 258.840 tan metrik pada April.

Selain itu, penanda aras tersebut, niaga hadapan getah Jepun mencecah paras terendah dalam tempoh lapan bulan pada Rabu, ia menyebabkan kerugian bagi sesi keenam berturut-turut kerana kebimbangan terhadap varian Delta yang lebih cepat merebak di seluruh dunia dan penurunan import getah oleh pembeli utama China dipengaruhi oleh sentimen pasaran.

Beliau berkata, harga minyak mentah lebih rendah setelah ditutup pada paras tertinggi sejak Oktober, 2018 dengan laporan industri menunjukkan penambahan stok yang lebih banyak mencerminkan tanda-tanda pasaran global yang diperketatkan.

Harga fizikal rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 meningkat dua sen kepada 675 sen sekilogram manakala lateks pukal naik 1.5 sen kepada 493.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga penutup LGM bagi SMR 20 berada pada 673 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 492 sen sekilogram. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!