Campur vaksin: Lebih banyak kajian diperlukan, kata WHO

Lebih banyak kajian campuran dan padanan vaksin diperlukan untuk memastikan keselamatan dan keimunogenan.
Lebih banyak kajian campuran dan padanan vaksin diperlukan untuk memastikan keselamatan dan keimunogenan.
A
A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa berkata amalan mencampur dan memadankan suntikan vaksin berbeza kepada orang ramai tidak boleh diputuskan oleh individu sebaliknya ia sepatutnya dibuat agensi awam bergantung kepada data sedia ada.

Ketika amalan campur dan padanan ini mungkin menarik bagi penduduk di negara kekurangan bekalan vaksin, lebih banyak kajian diperlukan untuk memastikan keselamatan dan keimunogenan, kata seorang jurucakap WHO memetik ketua saintis badan dunia itu, Soumya Swaminathan pada taklimat media di pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.

"Data daripada kajian campuran dan padanan vaksin yang berbeza dinantikan - keimunogenan dan keselamatan kedua-duanya perlu dinilai," kata Swaminathan lapor Xinhua.

Menurut maklumat disediakan jurucakap WHO pada taklimat Selasa, percubaan klinikal diketuai University Oxford di Britain kini sedang dijalankan untuk mengkaji campuran vaksin AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech.

Baru-baru ini kajian itu turut dikembangkan kepada vaksin Moderna dan Novavax.

Jurucakap WHO menyatakan penemuan awal daripada kajian itu menunjukkan inidvidu yang menerima vaksin AstraZeneca untuk dos pertama, diikuti vaksin Pfizer-BioNTech sebagai dos kedua, berkemungkinan mengalami demam dan kesan sampingan ringan biasa berbanding kesan daripada suntikan dua dos vaksin AstraZeneca. - Bernama

Artikel Berkaitan: