X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Covid-19: Tubuh jawatankuasa khas di negeri catat kes tertinggi

Hassan menyerahkan bantuan barang keperluan asas kepada penerima di Kampung Pertanian, Pasir Gudang pada Rabu.
A
A

PASIR GUDANG - Satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan melibatkan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri terutama di negeri-negeri yang mempunyai kes harian Covid-19 yang tinggi dalam mencari jalan mengatasi masalah itu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, jawatankuasa itu perlu sepakat dan selaras dalam semua keputusan supaya tidak ada pertindihan atau kekeliruan dalam arahan atau penguatkuasaan.

"Contohnya di Selangor yang kini menjadi negeri mencatatkan kes tertinggi, kerajaan negeri Selangor perlu bekerjasama dengan kerajaan Pusat untuk menurunkan kes harian di negeri tersebut.

"Kuasa penuh boleh diberikan kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan. Kerajaan negeri Selangor boleh diberikan kuasa penuh dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu berkuasa mengarahkan kilang-kilang di Selangor ditutup sementara.

"Jika kita lihat kilang dalam sektor pembuatan paling banyak menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19, jadi wajar kilang dalam sektor pembuatan ditutup," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 30 penduduk B40 di Kampung Pertanian di sini pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: 11,618 kes baharu Covid-19 hari ini

Beliau mengulas perkembangan kes harian baharu tertinggi pada Rabu yang merekodkan 11,618 kes dengan Selangor masih lagi menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu iaitu 5,051 kes.

Hassan berkata, penyelarasan keputusan antara kedua-dua amat penting apatah lagi bidang kuasa berkenaan kesihatan rakyat adalah di bawah tanggungjawab kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

Mengenai saranan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu semua ahli politik khususnya di negeri ini untuk melakukan gencatan politik untuk sementara dan memberi sepenuh tumpuan kepada rakyat, beliau menyokong Tunku Mahkota Johor itu.

Beliau berkata, saranan Tunku Ismail tepat pada masanya dan semua pihak harus memberikan idea serta bersama-sama mencari jalan menyelesaikan masalah Covid-19.

"Adalah tidak wajar dalam keadaan kalut ketika ini berlaku pertukaran kerajaan nanti akan timbul masalah lain pula. Ikut nasihat Tunku Ismail dan Sultan Johor supaya tidak bermain politik ketika ini.

"Kalau nak sangat tukar kerajaan, tunggulah pilihan raya umum pun tidak lama lagi dan sudah dekat, sabarlah. Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin merasakan sudah gagal dan mahu berundur, itu kita terima," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!