Tiga bot nelayan tempatan ditahan langgar syarat lesen

Sebahagian kru warga Vietnam yang ditahan susulan penahanan tiga bot nelayan tempatan yang disyaki melanggar syarat lesen ketika menangkap ikan dalam kawasan perairan Kuantan pada Selasa.
Sebahagian kru warga Vietnam yang ditahan susulan penahanan tiga bot nelayan tempatan yang disyaki melanggar syarat lesen ketika menangkap ikan dalam kawasan perairan Kuantan pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang menahan 21 warga Vietnam berusia 19 hingga 46 tahun dan tiga bot nelayan tempatan Kelas C pada Selasa kerana disyaki melanggar syarat lesen.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata, tekong dan awak-awak bot terbabit dikesan menjalankan aktiviti menangkap ikan secara berkelompok kira- kira 20 batu nautika timur Kuala Kuantan.

"Pemeriksaan ke atas tiga bot itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat sah lesen serta mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Amran berkata, bot bersama tekong dan awak-awak dibawa ke jeti Pusat Tahanan Vesel Maritim Negeri Pahang.

"Turut dirampas peralatan menangkap ikan dan hasil laut yang dianggarkan seberat 300 kilogram untuk untuk tindakan lanjut," katanya.

Tambah beliau, bagi kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985, hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

"Bagi kesalahan Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) boleh didenda tidak lebih RM10 ribu atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam kali sebatan," katanya.

Amran berkata, Maritim Malaysia Negeri Pahang merekodkan 10 kes atas pelbagai kesalahan dan akan terus mempergiatkan usaha mengawal perairan negara mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.