Dua syarikat pengurusan srata dikompaun RM30,000

Wakil syarikat pengurusan bangunan srata akur syarikatnya dikompaun RM10,000 kerana didapati beroperasi tanpa kebenaran Unit Pesuruhjaya Bangunan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Ayer Keroh di sini pada Rabu.
Wakil syarikat pengurusan bangunan srata akur syarikatnya dikompaun RM10,000 kerana didapati beroperasi tanpa kebenaran Unit Pesuruhjaya Bangunan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Ayer Keroh di sini pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Dua syarikat pengurusan bangunan srata di negeri ini dikompaun dengan jumlah keseluruhan RM30,000 kerana beroperasi tanpa kebenaran.

Penolong Ketua Unit Cawangan Pengurusan Strata Bahagian Perkhidmatan Perbandaran, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Abu Bakar Ahmad berkata, salah satu syarikat yang beroperasi di Ayer Keroh sejak Jun lalu dikenakan dua kompaun berjumlah RM10,000 setiap satu termasuk ibu pejabat syarikat terbabit di Petaling Jaya, Selangor.

Menurutnya, satu lagi syarikat di Bukit Katil turut dikenakan kompaun atas kesalahan sama kerana beroperasi tanpa kebenaran walaupun mereka memberikan alasan tidak tahu perlunya mendapat kebenaran beroperasi daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) dari Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

"Lebih setahun kita melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dengan pelaksanaan PKP 1.0 pada tahun lalu, namun masih terdapat pihak yang tidak memahami prosedur operasi standard (SOP) terhadap kebenaran beroperasi.

"Ada juga memberikan alasan mereka adalah sebuah syarikat sendirian berhad jadi tidak perlu memohon kebenaran buat anak-anak syarikat mereka untuk kebenaran beroperasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Ops Pemantauan CIMS dan Pematuhan SOP Covid-19 Dalam Kawasan Pemajuan Berstrata di Bukit Katil di sini pada Rabu.

Hadir sama, Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman.

Ops bersepadu disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MPHTJ itu diadakan di dua lokasi berasingan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, antara kesalahan lain yang dikenal pasti adalah melibatkan kehadiran pekerja melebihi kapasiti dibenarkan iaitu maksimum 60 peratus.

"Kita juga menyemak setiap pekerja merekodkan kehadiran melalui aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke premis masing-masing.

"Setakat ini, lima kompaun telah dikeluarkan polis kepada syarikat pengurusan bangunan di negeri ini sejak Jun lalu," jelasnya.

Sementara itu, Shadan berkata, pihaknya telah mengeluarkan tujuh notis sepanjang dua hari operasi yang dijalankan di 11 lokasi berbeza sejak Selasa.

Katanya, notis peringatan yang dikeluarkan melibatkan undang-undang kecil dan mereka perlu mengambil tindakan termasuk membuat permohonan kebenaran dalam tempoh 14 hari sebelum tindakan seterusnya diambil di bawah undang-undang kecil PBT.

"Ada juga kesalahan syarikat tidak mempunyai lesen premis ketika menguruskan bangunan strata.

"Dalam tempoh ditetapkan mereka perlu datang berjumpa MPHTJ untuk memohon lesen premis dan sekiranya gagal tindakan kompaun sehingga RM250 boleh diambil," katanya.

.