Kelantan kecualikan bayaran sewa premis

Dr Izani
Dr Izani
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memberikan pengecualian bayaran sewa premis yang berada di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) selama dua bulan bermula bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, pengecualian bayaran sewa itu melibatkan kos sebanyak RM3.3 juta.

"Langkah ini diharap dapat meringankan beban peniaga kerana kita masih berdepan pandemik Covid-19 yang mengakibatkan ramai terkesan," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim, di sini pada Rabu.

Menurutnya, bagi meringankan beban rakyat, kerajaan negeri turut memutuskan tidak mengenakan denda atau kompaun ke atas pemilik cukai taksiran yang lewat membuat pembayaran sehingga akhir tahun ini.

Beliau berkata, sebelum ini mereka yang lewat membayar cukai akan dikenakan 'penalti'.

Artikel Berkaitan: