PRK Semenyih: PH mendahului tapi... - Kajian UM

Foto: Astro Awani
Foto: Astro Awani
A
A
A

SEMENYIH - Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan Universiti Malaya bagi PRK DUN Semenyih, mendapati populariti PH mendahului berbanding parti lain.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, kaji selidik dilakukan beberapa hari lepas masing-masing di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Semenyih.

Bagaimanapun katanya, situasi ini mungkin berubah pada minggu ini bergantung kepada kempen kedua-dua pihak.

"PH mendapat 46.67 peratus, BN 36.67 peratus, Parti Sosialis Malaysia (PSM) 3.33 peratus manakala Bebas 13.3 peratus," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu jelasnya, ketika ditanya sama ada BN wajar diberi peluang menang dalam PRK Semenyih 53.33 bersetuju manakala 33.33 tidak bersetuju manakala 13.33 sangat setuju.

"Dapatan ini juga boleh berubah terutama sehari atau dua hari sebelum mengundi," katanya lagi.

Beliau berkata demikian mengulas potensi calon yang bertanding di PRK DUN Semenyih selepas tempoh seminggu kempen berakhir.

Mengulas lanjut katanya lagi, terdapat spekulasi kononnya PH akan umumkan projek rumah mampu milik untuk golongan B40 bagi meraih undi sehari atau dua hari sebelum hari mengundi.

Artikel Berkaitan:

"Namun setakat ini cuma spekulasi sahaja," katanya lagi.