X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Chef didenda RM20,000 tawar suapan RM10,000

A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Seorang chef didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas kesalahan cuba merasuah seorang kakitangan Jabatan Imigresen Cawangan Langkawi sebanyak RM10,000 pada tahun lalu.

Hakim Harmi Thamri Bin Mohamad @ Shaharudin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Alaa Esmail Hamed, 35 mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Mengikut kertas pertuduhan, Alaa Esmail yang bekerja sebagai chef dan abangnya, Ali Esmail, 38 sebagai pengarah operasi didakwa dengan niat bersama menawarkan suapan sebanyak RM10,000 kepada Penolong Penguasa Imigresen, Mohd Hazwan Othman.

Tindakan itu dilakukan sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang- undang ke atas lima pekerja mereka yang telah ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu lebih kurang jam 12.50 pagi pada 22 Januari 2020 di sebuah restoran di Pantai Chenang, Langkawi di sini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan. Harmi Thamri kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda atas pertuduhan itu dan tertuduh membayar wang denda tersebut. Bagaimanapun, tertuduh kedua Ali Esmail pula dilepaskan dan dibebaskan.

Tertuduh diwakili peguam, Ai Cha Ran dan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Zulfadli Azharudin.

Pada 2 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan dua beradik warga Syria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar di sini atas pertuduhan memberi rasuah bernilai RM10,000 kepada seorang penolong penguasa imigresen di Langkawi tahun lalu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!