JBPM Kelantan sedia bas bantu program vaksinasi

Zainal Madasin
Zainal Madasin
A
A
A

TANAH MERAH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bersedia membantu Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam Program Mobile Vaksinasi Covid-19 melibatkan penggunaan aset jabatan itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Jainal @ Zainal Madasin berkata, sebuah bas sudah digunakan untuk program tersebut bermula Selasa.

"Buat masa ini, satu bas disediakan yang sesuai untuk program berkenaan. Sebelum ini bas itu digunakan untuk kempen keselamatan kebakaran.

"Insya-ALLAH, kita ada tiga bas dan jabatan ini akan membantu menyediakan yang terbaik untuk JKN," katanya kepada pemberita selepas Program Mobile Vaksinasi Covid-19 di Masjid Kusial Bharu, Tanah Merah pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Jajahan Tanah Merah, Mohammad Yusoff Hassan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Jainal turut berharap kemudahan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya penduduk kampung bagi meringankan beban mereka untuk menerima vaksin.

Katanya, bas yang terlibat turut dijaga rapi selain akan disanitasi setiap masa bagi memastikan ia sentiasa selamat untuk digunakan.

"Kita akan sentiasa membantu pihak JKN secara berterusan bagi memastikan masyarakat divaksin. Sambutan juga amat menggalakkan dan orang ramai yang saya temui juga bersyukur sebab kami bantu memudahkan urusan mereka dan JKN," katanya.

Artikel Berkaitan: