Hamilton tak hairan status Verstappen

Lewis Hamilton (gambar kecil) azam aksi terbaik di GP British - Foto The Sun, grandprix.com
Lewis Hamilton (gambar kecil) azam aksi terbaik di GP British - Foto The Sun, grandprix.com
A
A
A

JUARA dunia tujuh kali, Lewis Hamiton menegaskan dia tidak peduli dengan status pelumba Red Bull, Max Verstappen pada kedudukan teratas Formula 1 (F1) ketika ini, sebaliknya berazam memberikan saingan hebat pada Grand Prix (GP), British 18 Julai ini.

Menurut Hamilton, dia akan terus memberikan cabaran sengit kepada Verstappen biarpun dikatakan pelumba Belanda itu sudah pun dilihat selaku juara musim ini.

“Walaupun gagal memenangi lima perlumbaan sebelum ini, saya tetap berazam untuk memberikan cabaran kepadanya (Verstappen) di GP British.

“Saya dan Verstappen dibezakan dengan 32 mata. Apa pun, saya akan tetap berusaha untuk memberikan saingan kepadanya, apatah lagi apabila berlumba di tempat sendiri,” kata pelumba yang dilahirkan di United Kingdom itu.

Untuk rekod, pelumba MacLarn Mercedes itu kini berada pada kedudukan kedua dengan 150 mata berbanding Verstappen yang kelihatan gah di ranking pertama dengan 182 mata.

Difahamkan juga, Hamilton telah menandatangani kontrak lanjutan dengan Mercedes baru-baru ini dan perkara berkenaan bakal menyaksikan persaingan hebat antaranya dan Verstappen bakal berterusan selepas ini.

Sementara itu, bekas pelumba McLaren Mercedes, David Coulthard percaya Hamilton mampu melakarkan kejayaan pada GP British kali ini.

Katanya, Hamilton pastinya bersemangat apabila turut mendapat sokongan daripada penonton yang dijangka ‘membanjiri’ Litar Silverstone hujung minggu ini.

Artikel Berkaitan:

“Saya merasakan Mercedes perlu mencatatkan kejayaan minggu ini dan saya lihat Lewis sudah cukup bersedia untuk itu.

“Tidak salah kalau saya katakan, dia (Lewis) seorang pelumba ‘semula jadi’ dan dia mampu melakukannya dengan sokongan padu daripada penonton hujung minggu ini,” katanya.