Diaz perlu masa persis Figo, Ronaldo

Pemain-pemain Los Cafeteros meraikan kejayaan selepas jinakkan La Blanquirroja 3-2.
Pemain-pemain Los Cafeteros meraikan kejayaan selepas jinakkan La Blanquirroja 3-2.
A
A
A

TONGGAK Colombia, Luis Diaz diyakini mampu lebih menyerlah seperti pemain hebat bintang Portugal, Luiz Figo dan Cristiano Ronaldo pada masa hadapan.

Bekas pengendali Colombia, Carlos Queiroz berkata, pemain berusia 24 tahun itu yang sedang melalui fasa mematangkan permainan berjaya membuktikannya pada saingan Copa America 2021.

“Diaz dalam proses mengadaptasi gaya permainan bola sepak Eropah jadi beliau memerlukan masa, saya percaya dia akan lebih banyak belajar di Portugal.

“Pengalaman beraksi di Copa America Brazil dan Portugal akan menjadikannya lebih berjaya sama seperti fasa yang dilalui Luís Figo dan Cristiano Ronaldo bersama Portugal,” kata Queiroz.

Diaz yang sudah beraksi bersama skuad senior Colombia sebanyak 23 kali sejak 2018 telah pun menjaringkan enam gol untuk Los Cafeteros, muncul wira skuad Reinaldo Rueda ketika menang tipis 3-2 ke atas Peru bagi aksi penentuan tempat ketiga keempat di Brasilia pada Sabtu.

Pemain berusia 24 tahun tersebut kini bersama gergasi liga Portugal, Porto FC sejak 2019 meledak 12 gol dalam 59 penampilan.

Queiroz sebelum ini mengendalikan Colombia sebelum dipecat berikutan prestasi longlai Los Cafeteros tahun lalu.

Artikel Berkaitan: