Tiga beranak saksi penting di mahkamah

No Image Caption
A
A
A

SETIU - Polis kini sedang mengesan tiga beranak yang merupakan saksi penting bagi membantu perbicaraan kes mendatangkan kecederaan kepada individu dalam kejadian di Chalok, Besut, tahun lalu.

Ketiga-tiga mereka perlu hadir di Mahkamah Sesyen Besut bagi kes yang dibicarakan di bawah Seksyen 326/326A Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, wanita dikenali sebagai Intan Aziliana Arifin, 40, bersama dua anak perempuannya berusia antara 15 dan 17 diperlukan untuk hadir perbicaraan pada 25 Julai depan.

"Ketiga-tiga beranak ini yang beralamat terakhir di No 16, Jalan Kemboja, Taman Perumahan Agropolitan, di sini gagal dikesan sejak 25 Mei tahun lepas lagi.

"Jadi, kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka dapat menghubungi Inspektor Arizal Fiveroses Ghazali di talian 013-5121312" katanya dalam satu kenyataan media dikeluarkan pada Rabu.

Artikel Berkaitan: