70 bookie ditahan libat taruhan RM44.29 juta

Ayob (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian daripada barang rampasan.
Ayob (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian daripada barang rampasan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor telah menahan 70 bookie bola sepak yang terlibat dengan pertaruhan Kejohanan Bola Sepak Euro 2020, dalam Op Soga VIII yang dijalankan bermula 12 Jun hingga 12 Julai lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah keseluruhan had kredit pertaruhan sindiket itu bernilai RM44.29 juta sepanjang kejohanan berkenaan.

Selain itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM42,535.

"Kesemua individu yang ditahan berusia antara 17 hingga 65 tahun dan terdiri daripada 69 lelaki dan seorang perempuan. Mereka ditahan dalam 54 serbuan yang dijalankan di seluruh Johor.

"Kesemua yang ditahan direman antara dua hingga empat hari bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada Rabu.

Terbaru, dalam operasi yang dilakukan baru-baru ini, 19 lelaki ditahan dan polis merampas 20 telefon bimbit termasuk sim kad, tiga laptop, satu tablet dan satu modem.

Jelasnya, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4(1)(d) Akta Peryaruhan 1953.

Tambah Ayob, kejayaan operasi ini sebahagian besarnya adalah hasil risikan pihak polis dan sebahagiannya lagi adalah daripada aduan dan maklumat orang ramai.

Artikel Berkaitan: