X

Kindly register in order to view this article
!

Warga emas maut nahas dua kereta

Keadaan kereta Persona yang terbabit dalam nahas di Gopeng. - Foto ihsan bomba Gambar kanan: Keadaan kereta mangsa yang rosak dipercayai bertembung dengan kereta lain dalam nahas di Gopeng. - Foto ihsan bomba
A
A

GOPENG - Seorang lelaki warga emas maut setelah kereta Perodua Myvi yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Kampar - Ipoh berhampiran Kampung Jeram di sini pada Rabu.

Dalam kejadian itu, Abd Rane Saed, 69, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, maklumat nahas itu diterima pada jam 10.38 pagi dengan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan itu membabitkan kereta dipandu mangsa dan sebuah Proton Persona.

"Pemandu Perodua Myvi didapati tersepit di tempat duduk pemandu dan kerja-kerja menyelamat segera dilakukan untuk mengeluarkan mangsa.

"Anggota menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa namun dia yang cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan hospital," katanya.

Menurutnya, seorang wanita dipercayai isteri mangsa dan seorang lelaki yang memandu Proton Persona turut cedera dalam kejadian itu.

"Kedua-dua mereka dihantar ke hospital untuk rawatan.

"Mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 11.25 pagi," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!