Pengarah Eksekutif UNICEF letak jawatan

Henrietta Fore.- Foto Reuters
Henrietta Fore.- Foto Reuters
A
A
A

NEW YORK - Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore, mengambil keputusan untuk berundur kerana mahu 'menumpukan kepada masalah kesihatan keluarganya', memetik pengumuman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan melalui jurucakapnya, Setiausaha Agung PBB António Guterres berkata, dengan rasa sedih beliau menerima keputusan Fore untuk berundur dan memahami hasratnya itu.

"Beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Pengarah Eksekutif Fore dan keluarganya. Setiausaha Agung turut merakamnkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Fore atas kepemimpinan UNICEF dan jasanya memperbaiki kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia.

“Khususnya, ketika memainkan peranan penting dalam tindak balas global terhadap Covid-19 dan menyusun semula pendidikan," kata kenyataan itu.

Fore mengambil alih jawatan Pengarah Eksekutif UNICEF pada 1 Januari 2018 dan akan kekal menjalankan tanggungjawabnya sehingga penggantinya dilantik, menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: