Pekebun haram tidak dibenarkan masuk ambil barang: JPNP

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) tidak membenarkan pekebun memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam untuk mengambil barang yang tertinggal dalam kawasan tersebut.
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) tidak membenarkan pekebun memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam untuk mengambil barang yang tertinggal dalam kawasan tersebut.
A
A
A

KUANTAN- Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) tidak membenarkan pekebun memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam untuk mengambil barang yang tertinggal dalam kawasan tersebut.

JPNP dalam kenyataannya berkata, ia kerana tindakan ini boleh mengganggu siasatan yang kini sedang giat dilengkapkan sepenuhnya untuk tujuan pendakwaan.

"Keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat serta pandangan daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Timbalan Pendakwa Raya," jelas JPNP melalui kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu pekebun durian: PGA dihantar ke Raub jaga ketenteraman awam

Siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus

Bekalan musang king Raub tidak terjejas

Terdahulu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerima permintaan daripada Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon untuk berbuat demikian pada kunjungan hormat di Wisma Sri Pahang pada Selasa.

Bagaimanapun dalam kenyataannya, Wan Rosdy meminta Sin Woon mendapatkan sendiri kebenaran JPNP sekiranya pekebun-pekebun haram durian musang king di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam, mahu memasuki kawasan operasi penguatkuasaan untuk mendapatkan semula barangan milik mereka yang tertinggal.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 16.4 hektar kebun durian haram dimusnahkan JPNP

Pekebun haram robohkan jambatan, halang operasi JPNP