Real hantar Ramos pujuk Mbappe

Ramos (kiri) mengakui Mbappe perlu sertai Real pada masa akan datang.
Ramos (kiri) mengakui Mbappe perlu sertai Real pada masa akan datang.
A
A
A

PERPINDAHAN bekas pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos ke Paris Saint Germain (PSG) mempunyai agenda tersendiri untuk memujuk Kylian Mbappe menyertai Los Blancos.

Menurut Ramos, Mbapee perlu berhijrah ke Real memandangkan kelab tersebut adalah terbaik di dunia dan menghimpunkan ramai pemain bintang.

"Sudah tentu Real adalah sebuah kelab terbaik di dunia. Paling terbaik dan bersejarah. Bagi saya, seseorang pemain yang bagus perlu pergi ke sana.

"Namun, buat masa sekarang saya mahu Mbappe kekal bersama pasukan ini dahulu. Saya mahu menang dan atas sebab itu saya mahukan pemain terbaik berada dalam pasukan ini.

"Saya tidak boleh berikan nasihat peribadi kepadanya tetapi, saya boleh beritahu dia sesuatu daripada pengalaman saya ketika bersama Real Madrid. Saya akan beritahunya secara peribadi," katanya yang menyertai PSG secara perpindahan percuma.

Kontrak Mbappe bersama PSG akan tamat pada penghujung musim depan dan masih belum menandatangani sebarang kontrak baharu bersama gergasi Perancis itu.

Real pula memang sudah lama mengimpikan untuk menyambar khidmat Mbappe dan dilaporkan sedia untuk melaburkan wang yang banyak untuk mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu.

Mbappe menyertai PSG daripada Monaco pada musim panas 2017 dan telah membuktikan keupayaanya bersama pasukan itu apabila meledak 78 gol daripada 80 penampilannya di Parc des Princes.

Artikel Berkaitan:

Malah, dia turut menjadi pemain paling menyerlah bersama PSG pada musim lalu dengan 42 gol daripada 47 penampilan walaupuan PSG gagal memenangi kejuaraan liga dan trofi Liga Juara-Juara.