PPV PIKAS kedua akan dibuka di NS

Pusat Pemberian Vaksin di bawah Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta Covid-19 yang kedua akan dibuka di Negeri Sembilan pada Isnin depan. - Foto fail Sinar Harian
Pusat Pemberian Vaksin di bawah Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta Covid-19 yang kedua akan dibuka di Negeri Sembilan pada Isnin depan. - Foto fail Sinar Harian
A
A
A

SEREMBAN - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Covid-19 yang kedua akan dibuka di Negeri Sembilan pada Isnin depan.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, pusat kedua itu akan dibuka di D’Cattleya Senawang di sini.

"Usaha ini adalah untuk mempercepatkan proses vaksinasi untuk sektor perindustrian di Negeri Sembilan.

"Usaha ini juga adalah untuk menyegerakan pencapaian imuniti kelompok di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Rabu.

Menurutnya, di PIKAS pertama yang dibuka di d’Tempat Country Club, di Sendayan di sini, pada 5 Julai lalu, seramai 10,780 pekerja telah pun menerima suntikan vaksin pertama pertama.

Beliau berkata, sebanyak 130 syarikat sektor perindustrian di Negeri Sembilan membabitkan seramai 34,829 pekerja telah didaftarkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI) untuk diberi suntikan vaksin menerusi Program PPV PIKAS.

"Kita jangkakan usaha untuk menyelesaikan pemberian vaksin kepada seramai 34,829 pekerja di Negeri Sembilan akan selesai menjelang akhir bulan September ini bagi dos pertama dan dos kedua," katanya.

Artikel Berkaitan: