Vaksinasi harian lebih 400,000 dua hari berturut-turut

Vaksinator kesihatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan. - Foto Bernama
Vaksinator kesihatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah vaksinasi harian Covid-19 di negara ini mencatat angka melebihi 400,000 selama dua hari berturut-turut dengan 424,541 dos suntikan diberikan semalam.

Pada Isnin, jumlah vaksinasi harian adalah sebanyak 421,479 dos.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah vaksinasi semalam, sebanyak 260,286 adalah dos pertama manakala 164,255 adalah dos kedua.

Beliau berkata, Sarawak menjadi negeri tertinggi bagi pemberian vaksin dos kedua dengan 52,551 dos diikuti Selangor (25,696), Kuala Lumpur (23,707), Sabah (9,864), Pulau Pinang (7,195), Pahang (7,038).

Dalam pada itu, Dr Adham berkata, jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 di negara ini sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan pada 24 Februari lepas adalah sebanyak 12,212,730 dos. - Bernama

Artikel Berkaitan: