Bayi maut akibat Covid-19, ibu dalam ICU

Jenazah bayi berkenaan dikebumikan di Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah.
Jenazah bayi berkenaan dikebumikan di Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah.
A
A
A

PUTRAJAYA- Seorang bayi lelaki berusia 38 minggu dipercayai menjadi korban Covid-19 termuda di negara ini.

Menerusi perkongsian oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), bayi berkenaan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selaseh.

"Ya Allah...sayu hati kami di keheningan malam tadi, kali pertama menerima jenazah Covid-19 termuda bayi lelaki berusia 38 minggu," katanya menerusi Facebook pada Selasa.

Difahamkan ibu kepada bayi berkenaan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala bapanya bersama lapan anak yang lain sedang menjalani kuarantin di rumah.

"Semoga dikurniakan ketabahan buat seluruh ahli keluarga.

"Insya-ALLAH, anak kecil ini menanti di syurga, memberikan syafaat buat kedua-dua orang tuanya di akhirat kelak," katanya.

Kes penularan Covid-19 di negara ini terutamanya Lembah Klang terus membimbangkan.

Terbaharu, Malaysia merekodkan jangkitan harian tertinggi iaitu 11,079 kes positif Covid-19 dan 125 kematian pada Selasa.

Artikel Berkaitan: