Ahmad Nizam terajui PHB

Ahmad Nizam
Ahmad Nizam
A
A
A

SHAH ALAM - Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) mengumumkan pelantikan Tan Sri Ahmad Nizam Salleh sebagai Pengerusi Bukan-Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa pada 1 Ogos 2021.

PHB dalam satu kenyataan berkata, Tan Sri Md Nor Yusof akan bersara sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah berkuatkuasa pada 31 Julai 2021.

PHB menjelaskan, Ahmad Nizam, 64, adalah Pengerusi Petronas dan anak syarikatnya KLCC Property Holdings Berhad sejak Ogos 2018.

Beliau juga merupakan Pro-Cancelor Universiti Teknologi Petronas.

“Ahmad Nizam yang dilahirkan di negeri Terengganu berpengalaman di dalam sektor hartanah komersial di KLCC Property Holdings akan terus menyokong dan mempertingkatkan lagi pertumbuhan PHB di masa hadapan,” kata PHB pada Selasa.

Sementara itu, PHB memberitahu, pihak Lembaga Pengarah dan juga Pengurusan PHB merakamkan setinggi penghargaan kepada Md Nor atas dedikasi dan sumbangan beliau yang luar biasa sebagai pengerusi ulung dan perintis penubuhan PHB sejak dilantik pada tahun 2006.

“Pengalaman luas Md Nor dalam sektor kewangan dan kepimpinan dalam berbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjadi tonggak kemajuan dan pencapaian PHB dan juga skim AHB selama 15 tahun beliau bersama PHB,” kata PHB.

PHB dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) dan merupakan penaja Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

Artikel Berkaitan:

AHB adalah dana unit amanah patuh Syariah yang melabur terutamanya dalam hartanah komersial di lokasi strategik di bandar-bandar utama di Malaysia.

Lembaga Pemegang Amanah YAHB dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

PHB yang ditubuhkan pada Mei 2006 dan skim AHB telah dilancarkan pada November 2010.