Suami isteri gelandangan diselamatkan

Pasangan suami isteri yang terpaksa tinggal di belakang bangunan kedai di Taman Merdeka, Batu Berendam diselamatkan.
Pasangan suami isteri yang terpaksa tinggal di belakang bangunan kedai di Taman Merdeka, Batu Berendam diselamatkan.
A
A
A

MELAKA - Nasib sepasang suami isteri gelandangan yang terpaksa merempat di lorong belakang bangunan rumah kedai di Taman Merdeka, Batu Berendam sejak sebulan lalu mendapat pembelaan selepas mendapat bantuan tempat tinggal.

Setiausaha Khas Jabatan Hal Ehwal Masyarakat Ketua Menteri, Muhammad Ayyad Abdullah berkata, selepas menerima maklumat daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali beliau bergegas ke lokasi untuk bertemu sepasang suami isteri dan seorang mualaf di kawasan itu.

Menurutnya, mereka bertiga akan ditempatkan di kediaman yang lebih selesa dan akan dibantu supaya dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

"Suami isteri berkenaan akan diberikan tempat tinggal lebih selesa dan kita akan bantu dari segi pekerjaan bagi memastikan mereka dapat keluar daripada kemiskinan," katanya.

Sementara itu, gelandangan berkenaan, Norhasidah Nosurah, 27, yang berasal dari Durian Tunggal berkata, sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji harian RM40 manakala suaminya Zaini Mohd Amin, 37, mengutip besi buruk untuk dijual bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Muhammad Ayyad melihat belakang bangunan kedai yang menjadi tempat tinggal tiga individu itu di Taman Merdeka, Batu Berendam.
Muhammad Ayyad melihat belakang bangunan kedai yang menjadi tempat tinggal tiga individu itu di Taman Merdeka, Batu Berendam.

Katanya, ketika hilang arah mencari tempat tinggal dengan hanya membawa beg pakaian, dia bernasib baik kerana seorang gelandangan lain yang juga mualaf, Abdul Ghani Siva Abdullah mengajak mereka menumpang teduh di belakang kawasan kedai di lorong terbabit.

"Memang keluarga tidak tahu kami tinggal di lorong ini dan kami tidak mahu menyusahkan mereka.

Artikel Berkaitan:

"Saya memang sedih tetapi malu untuk meminta tolong dan berharap ada pihak yang prihatin," katanya ketika ditemui di Taman Merdeka, Batu Berendam, di sini pada Selasa.

Tambahnya, dalam tempoh itu dia terpaksa mandi di medan selera berdekatan dan menggunakan sedikit wang simpanan untuk membeli makanan.

Keadaan tempat tinggal tiga individu itu termasuk pasangan suami isteri yang hanya ditutupi kain selimut dan papan plastik.
Keadaan tempat tinggal tiga individu itu termasuk pasangan suami isteri yang hanya ditutupi kain selimut dan papan plastik.

"Kami berterima kasih dan terharu dengan keperluan keprihatinan beberapa pihak dan pemindahan ini akan memberikan sinar baharu untuk kami mengubah kehidupan kami yang lebih baik," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Seah Soon Chin yang turut menyantuni mereka pada malam Isnin sedih apabila ramai penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu terkesan akibat pandemik Covid-19 termasuk pasangan suami isteri berkenaan.

"Sedih nampak isterinya menangis namun tetap hidup bersama suaminya walaupun dalam keadaan yang susah termasuk mandi dan basuh baju di dalam tandas awam serta tidur di lorong belakang, itu," katanya.

ends#