Pengundian awal PRK DUN Semenyih hari ini

No Image Caption
A
A
A

SEMENYIH - Seramai 858 orang daripada keseluruhan 951 pengundi awal bagi PRK DUN Semenyih akan menunaikan kewajipan mereka untuk mengundi, pagi ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, pengundi awal itu terdiri daripada anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan.

Menurutnya, 761 orang daripada mereka akan mengundi di Pusat Mengundi di Dewan Serbaguna Batallion 4 PGA Semenyih dan 97 orang lagi akan mengundi di Discress Room, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

“Sebahagian lagi iaitu 93 pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis PGA telah mengundi secara pos,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tambah beliau, pusat pengundian awal dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang namun pusat mengundi di Discress Room, IPD Kajang akan ditutup pada jam 2 petang.

“Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh setiap ejen calon yang bertanding.

“Di samping itu, pemerhati pilihan raya daripada wakil organisasi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR juga akan menyaksikan proses berkenaan,” katanya.

PRK DUN Semenyih diadakan ekoran kematian penyandangnya, Bakhtiar Md Noor alibat serangan jantung di Hospital Kajang pada 11 Januari lepas.

Artikel Berkaitan: