Nikotin atau tidak? Ban terus vape

Implikasi kesihatan yang diterima apabila hampir separuh lelaki dewasa di Malaysia merupakan perokok tegar.
Implikasi kesihatan yang diterima apabila hampir separuh lelaki dewasa di Malaysia merupakan perokok tegar.
A
A
A

SEJAK 2015 lagi. Sudah tiga Menteri Kesihatan bertukar. Lebih 50 NGO kesihatan dan hampir 200,000 rakyat Malaysia tetap konsisten, mahu kerajaan haramkan vape.

Industri rokok tembakau telah mula bertapak di Malaysia sejak tahun 1959.

Pada ketika itu, industri tembakau menawarkan janji manis mengenai peluang ekonomi untuk rakyat tempatan.

Kini, selepas 60 tahun, syarikat gergasi telah memonopoli industri tembakau dan mereka telah berakar umbi dengan utuh di Malaysia.

Petani tembakau tempatan dianaktirikan dan terus dibelenggu kemiskinan.

Janji manis industri hanya tinggal janji.

Implikasi kesihatan yang diterima apabila hampir separuh lelaki dewasa di Malaysia merupakan perokok tegar.

Kini, hadir pula industri vape.

Artikel Berkaitan:

Membawa helah dan strategi yang sama.

Jangan nanti 50 tahun akan datang,

generasi masa depan mempersoalkan kembali kepada kita.

"Mengapa benarkan industri vape berkembang di Malaysia?"

Cantas industri vape. Gergasi tembakau menunggu sahaja untuk masuk ke pasaran jika kerajaan membenarkan nikotin pada vape.

Sebelum ia berakar umbi seperti industri rokok, haramkan sahaja.

Benda buruk biar dikekang,

Nanti menyesal tidak terperi.

Hendak bercakar biarlah sekarang,

Jangan berperang di kemudian hari.

Hampir 200,000 telah menandatanganinya. Anda juga boleh di sini.

https://bit.ly/KitaBantahKiddieVape

Parent & Teacher Action Group Malaysia

*Kenyataan di dalam artikel ini dipetik daripada email yang dihantar melalui Change.org dan tidak semestinya mencerminkan pandangan SINAR HARIAN