Covid-19: R-naught negara naik 1.16, Putrajaya tertinggi

Putrajaya catat kadar tertinggi dengan 1.35, diikuti Terengganu, Selangor, dan Pahang. Gambar hiasan 123rf
Putrajaya catat kadar tertinggi dengan 1.35, diikuti Terengganu, Selangor, dan Pahang. Gambar hiasan 123rf
A
A
A
KADAR kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia kembali mencatat peningkatan.

Pada Selasa, ia naik kepada 1.16 berbanding 1.14 hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Putrajaya catat kadar tertinggi dengan 1.35. Ini diikuti Terengganu, Selangor, dan Pahang.

Lapan negeri mencatat kadar di antara 1.02 dan 1.11. Negeri-negeri ini terdiri daripada Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Kelantan.

Kelantan dan Labuan mencatat kadar di bawah 1.0. Sementara Perlis kekal dengan sifar kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan negara tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. - Awani

Artikel Berkaitan: