Bilionair Branson mahu bina hotel di bulan

Pemilik syarikat Virgin Galactic, Richard Branson yang juga seorang bilionair bercita-cita mahu membina sebuah hotel di bulan. Gambar kecil: Richard Branson
Pemilik syarikat Virgin Galactic, Richard Branson yang juga seorang bilionair bercita-cita mahu membina sebuah hotel di bulan. Gambar kecil: Richard Branson
A
A
A

SANTA FE - Pemilik syarikat Virgin Galactic, Richard Branson yang juga seorang bilionair bercita-cita mahu membina sebuah hotel di bulan.

Cita-cita itu didedahkannya selepas beliau menjadi bilionair pertama di dunia terbang ke angkasa lepas dengan menaiki kapal angkasa buatan syarikatnya pada Ahad lalu.

Pada Ahad lalu, beliau bersama dua juruterbang dan tiga lagi penumpang yang kesemuanya kakitangan syarikatnya berada di angkasa lepas selama beberapa minit sebelum ia mendarat semula ke bumi.

Beliau bersama lima kakitangannya itu menaiki kapal angkasa VSS Unity yang dibina oleh syarikat Virgin Galactic dan berlepas dari pangkalan Spaceport di sebuah gurun di Mexico, Amerika Syarikat.

Menurut laporan portal berita Evening Standard yang memetik agensi berita PA, Branson berkata, beliau berminat untuk membina sebuah hotel di bulan pada satu hari nanti.

Beliau yang merupakan warga Britain sebelum ini adalah pemilik syarikat tambang murah Virgin Atlantic tetapi menjual saham-sahamnya dalam syarikat itu ekoran pandemik Covid-19.

Branson kini terlibat dalam bidang pelancongan angkasa lepas.

Satu tiket ke angkasa lepas dengan menggunakan kapal angkasa tersebut dianggarkan berharga AS$250,000 (RM1 bilion) seperti yang dilakukan oleh bilionair itu pada Ahad lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Bilionair pertama naiki pesawat sendiri ke angkasa lepas