Tiada manifesto BN di PRK DUN Semenyih

Noh Omar
Noh Omar
A
A
A

SEMENYIH - BN menegaskan tiada manifesto khas dilancarkan pada PRK DUN Semenyih.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau mendapati ada pihak lain cuba melakukan fitnah dengan menyebarkan manifesto 'palsu' BN.

"Kita tiada manifesto pada PRK ini, namun ada pihak lain menyebarkan berita palsu serta mendakwa BN mempunyai manifesto," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyebaran manifesto 'palsu' yang mendakwa BN berjanji akan bawa isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Semenyih, jika mengundi parti itu.

Noh berkata, beliau melihat ia merupakan tindakan terdesak pihak tertentu dalam memburukkan BN.

"Mereka sudah tiada modal untuk membangkitkan isu supaya rakyat marah kepada BN.

"Bagaimanapun rakyat sudah nampak fitnah yang dilemparkan oleh pihak berkenaan," katanya.

Menurutnya, rakyat boleh menilai sendiri isu fitnah terbaharu itu.

"Jika kita menang pada PRK ini, kita masih tetap menjadi pembangkang, tidak perlu manifesto pada PRK ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Noh juga percaya, pihak berkenaan akan 'memainkan' lagi isu apabila melihat hubungan kerjasama UMNO dan Pas semakin erat.

"Saya percaya mereka akan 'memainkan' isu supaya dapat melaga-lagakan kedua parti ini," katanya.