Hampir 29,689 pekebun kecil daftar, terima vaksin Covid-19

Seramai 29,689 pekebun kecil di bawah RISDA sudah daftar dan terima vaksin Covid-19. Gambar kecil: Mohd Salim Sharif
Seramai 29,689 pekebun kecil di bawah RISDA sudah daftar dan terima vaksin Covid-19. Gambar kecil: Mohd Salim Sharif
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 29,689 pekebun kecil di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sudah mendaftar dan menerima vaksin Covid-19 susulan pelaksanaan Program Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu sejak awal Jun lalu.

Pengerusi RISDA, Datuk Mohd Salim Sharif berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 15,601 orang daripada mereka telah dibantu RISDA untuk proses pendaftaran, manakala 14,088 orang lagi selesai menerima vaksin Covid-19.

“Bagi pekebun kecil RISDA di Negeri Sembilan, kita mempunyai seramai 41,263 pekebun kecil.

"Daripada jumlah ini, RISDA telah membantu seramai 4,618 pekebun kecil untuk mendaftar dan 2,218 orang telah selesai menerima vaksin.

“Data ini juga turut merangkumi masyarakat orang asli yang mana seramai 326 orang sudah didaftarkan dan selesai menerima vaksin,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Mohd Salim berkata, pihaknya turut mengambil inisiatif membuka kaunter khas di semua premis RISDA dengan menyediakan pegawai bertugas bagi membantu pekebun kecil membuat pendaftaran dan semakan melalui aplikasi My Sejahtera.

“Selain itu, kita juga akan menyediakan kenderaan untuk membawa pekebun kecil ke PPV,” ujarnya.

Tambah beliau, untuk fasa pertama, pihaknya menyasarkan seramai 254,069 daripada 552,000 pekebun kecil dari seluruh Malaysia selesai menerima vaksin Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kumpulan tersebut terdiri daripada penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi tahun lalu.