Lapan pekebun durian beri keterangan kepada SPRM

Kelapan-lapan individu hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Raub pada Selasa.
Kelapan-lapan individu hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Raub pada Selasa.
A
A
A

RAUB - Seramai lapan pekebun dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penanaman durian di tanah kerajaan negeri di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di sini pada Selasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui berkata, kesemua mereka hadir di Pejabat SPRM Raub bagi memberikan keterangan bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

Beliau berkata, kesemua pekebun terbabit memberi kerjasama penuh dalam suasana yang baik.

“Tiada pekebun yang ditahan pihak SPRM setakat ini. Semua berjalan dengan baik,” katanya di sini pada Selasa.

Yu Hui berkata, kesemua mereka turut diwakili peguam yang dilantik untuk isu berkenaan.

Sehingga kini, kira-kira 15,000 pokok durian musang king yang ditanam di kawasan HSK Batu Talam telah dimusnahkan dalam tempoh sembilan hari sempena Operasi Pamah sejak 3 Julai lalu.

Penanaman semula dianggarkan 20,000 pokok hutan juga sudah dimulakan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bagi menggantikan pokok durian yang telah dimusnahkan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan

18 pekebun durian musang king direman dua hari

Siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus