Polis selamatkan wanita Indonesia jadi mangsa eksploitasi pekerja

No Image Caption
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi pekerja diselamatkan polis pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Suresh Kumar berkata, wanita berusia 26 tahun itu bekerja selama hampir empat tahun di daerah Kota Setar tanpa dibayar gaji dan kerja lebih masa, selain pasport mangsa dalam simpanan majikan.

"Bertindak atas aduan awam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menyelamatkan mangsa yang berasal dari Medan, Indonesia itu.

"Mangsa diselamatkan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipemerdagangan Migran 2007 untuk diletakkan di Rumah Perlindungan di bawah perintah perlindungan interim," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan.

"Mangsa dan wanita tempatan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipemerdagangan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan denda," katanya.

Artikel Berkaitan: